Monday, 15 October 2012

Mesin Pencanai


Mesin Pencanai (Grinding Machine)

Mencanai (grinding) merupakan proses pemotongan logam yang mana ianya mengeluarkan logam @ bahan lain dalam bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan roda pencanai yang dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang halus dan diikat. Tiap-tiap satu bijian itu merupakan mata alat pemotongan yang halus. Zarah-zarah lelas kecil ini dipanggil pelelas yang memotong logam pada bahan yang hendak dicanai. Grinding merupakan operasi pemotongan kekemasan & adalah proses yang terakhir dalam pemesinan. Ianya juga digunakan bagi tujuan menajamkan mata alat & perkara lain.

Kebaikan Mencanai (Grinding)

Proses mencanai adalah kerja yang penting di dalam kerja-kerja pengeluaran dan ianya mempunyai kebaikan jikadibandingkan dengan proses pemotongan yang lain kerana :

Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan haba (hardening). Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai.
Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang diperlukan pada permukaan bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.
Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat dalam masa yang singkat. Ini adalah disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan untuk proses mencanai.

Jenis-jenis Mesin Mencanai

Pada amnya terdapat beberapa jenis mesin pencanai yang digunakan dalam bengkel-bengkel kejuruteraan dan industri perkilangan iaitu :

  ·   Mesin pencanai meja dan kaki
  ·   Mesin pencanai elektrik (mudah alih)
  ·   Mesin canai permukaan (surface grinding)
  ·   Mesin pencanai selinder (cylindrical grinding)
  ·   Mesin pencanai mataalat pemotong (tool and cutter grinder)
  ·   Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless grinding)

Selain itu terdapat juga mesin-mesin yang digunakan untuk kerja-kerja khas. Namun tujuan utamanya
tetap sama iaitu untuk membuang dan membersihkan bahagian-bahagian tertentu pada bendakerja.

                                         




No comments:

Post a Comment