TAJUK : PENGENALAN KEPADA VERNIER CALIPER (ANGKUP VERNIER )
TUJUAN :
Menerangkan dengan lebih lanjut tentang bahagian-bahagian utama, kegunaan angkup vernier dan cara bacaan angkup vernier.
PENERANGAN :
Terdapat pelbagai jenis alat-alat pengukuran yang digunakan di dalam bengkel kejuruteraan dan salah satunya ialah Angkup Vernier. Angkup Vernier terdiri daripada pelbagai jenis yang mana masing-masing direkabentuk untuk kesesuaian kegunaannya
ANGKUP VERNIER
Satu alat mengukur jitu yang mempunyai ketepatan 1/1000" atau 1/100 mm. Angkup Vernier terdiri daripada dua bahagian iaitu satu bingkai berbentuk L dengan rahang boleh gerak dan satu bingkai yang mengandungi batang dengan rahang tetap (jaw). Batang mempunyai skala utama dalam inci(imperial scale) dan metrik (metric scale). Rahang boleh gerak mengelangsar di sepanjang batang. Bacaan boleh dikunci ke batang oleh satu skru pengapit (locking screw).Rahang luar ( External jaw) boleh mengukur garisan diameter bulatan, ketebalan dan panjang benda kerja. Rahang dalam (external jaw) boleh mengukur jarak, garis pusat gerek dan lubang, manakala bilah kedalaman (depth measuring blade) boleh mengukur kedalaman sesuatu lubang.
BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER
KEGUNAAN ANGKUP VERNIER
1. Mengukur diameter luar
2. Mengukur diameter dalam
3. Mengukur kedalaman
GAMBAR-GAMBAR BERIKUT MENUNJUKKAN CARA BAGAIMANA MENGUKUR MENGGUNAKAN ANGKUP VERNIER
Cara menggunakan angkup vernier untuk mengukur bagian luar benda ukur
Posisi rahang angkup vernier terhadap benda ukur
Cara pengukuran bahagian dalam dengan menggunakan angkup vernier
Cara pengukuran kedalaman dengan menggunakan angkup vernier
CARA MENGAMBIL BACAAN
Skala Utama – 1 Senggatan = 0.025 inci 40 Senggatan = 1.00 inci
Skala Vernier – 1 Senggatan = 0.001 inci 25 Senggatan = 0.025 inci
Skala Utama – 1 Senggatan = 1.00 mm 10 Senggatan = 10.00 mm
Skala Vernier – 1 Senggatan = 0.02 mm 50 Senggatan = 1.00 mm
AMBIL BACAAN
thank for sharing... 😊😊
ReplyDeletegambar yang last tu macam mana baca? sebab cara bacaan tu memeningkan dan membuat saya confuse.
ReplyDelete