Mesin Pencanai (Grinding Machine)
Mencanai (grinding) merupakan proses pemotongan logam yang
mana ianya mengeluarkan logam @ bahan lain dalam bentuk serpihan kecil dengan
cara pemusingan roda pencanai yang dibuat daripada bijian-bijian abrasive yang
halus dan diikat. Tiap-tiap satu bijian itu merupakan mata alat pemotongan yang
halus. Zarah-zarah lelas kecil ini dipanggil pelelas yang memotong logam pada
bahan yang hendak dicanai. Grinding merupakan operasi pemotongan kekemasan
& adalah proses yang terakhir dalam pemesinan. Ianya juga digunakan bagi
tujuan menajamkan mata alat & perkara lain.
Kebaikan Mencanai (Grinding)
Proses mencanai adalah kerja yang penting di dalam
kerja-kerja pengeluaran dan ianya mempunyai kebaikan jikadibandingkan dengan
proses pemotongan yang lain kerana :
Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan
haba (hardening). Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam
keadaan anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai.
Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang
diperlukan pada permukaan bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama
lain.
Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat dalam masa
yang singkat. Ini adalah disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan
untuk proses mencanai.
Jenis-jenis Mesin Mencanai
Pada amnya terdapat beberapa jenis mesin pencanai yang
digunakan dalam bengkel-bengkel kejuruteraan dan industri perkilangan iaitu :
· Mesin pencanai meja dan kaki
· Mesin pencanai elektrik (mudah alih)
· Mesin canai permukaan (surface grinding)
· Mesin pencanai selinder (cylindrical
grinding)
· Mesin pencanai mataalat pemotong (tool and
cutter grinder)
· Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless
grinding)
Selain itu terdapat juga mesin-mesin yang digunakan untuk
kerja-kerja khas. Namun tujuan utamanya
tetap sama iaitu untuk membuang dan membersihkan
bahagian-bahagian tertentu pada bendakerja.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyou're have full information about this machine
ReplyDeleteada maklumat sepenuhnya tak ,,please
ReplyDelete